Fenomena Berhubungkait Pantulan Dalam Penuh

Logamaya

(Logamaya di gurun. Tasik kelihatan di atas permukaan yang kering)
  1. Logamaya ialah sejenis ilusi optik yang disebabkan oleh pantulan dalam penuh dalam udara.
  2. Penduduk di gurun pasir selalu mendapati bahawa pokok dan tasik yang kelihatan tidak jauh di hadapan yang sebenarnya merupakan ilusi sahaja.
  3. Pemandu kereta pada hari yang panas kadang-kadang mendapati jalan raya kelihatan basah yang diperhatikan sebenarnya merupakan jalan raya yang kering.
  4. Pembentukan logamaya boleh diterangkan seperti berikut:
    1. Pada hari yang panas, udara berhampiran dengan Bumi akan dipanaskan.
    2. Udara panas itu mengembang dan menjadi kurang tumpat secara optik berbanding dengan udara di lapisan atas yang lebih sejuk.
    3. Cahaya yang memasuki lapisan udara yang panas akan dibiaskan menjauhi normal secara beransur-ansur.
    4. Apabila sinar cahaya hampir sampai ke permukaan Bumi, sudut tuju melebihi sudut genting dan pantulan dalam penuh berlaku.
    5. Apabila sinar cahaya merambat dari lapisan udara yang panas ke lapisan udara yang lebih sejuk, cahaya terbias mendekati normal.
    6. Oleh itu, sinar cahaya yang berasal dari langit terpantul penuh ke atas dan akhirnya memasuki mata pemerhati.
    7. Pemerhati akan menganggap cahaya bergerak dalam garis lurus. Oleh itu, imej langit dan awan kelihatan berada di hadapan pemerhati.

    Pelangi

    1. Pelangi dihasilkan daripada pembiasan dan pantulan dalam penuh cahaya.
    2. Rajah di atas menunjukkan bagaimana cahaya maahari dibiaskan dan dipantulkan secara penuh di dalam satu titis air.
    3. Cahaya yang mempunyai warna yang berlainan dibiaskan pada sudut yang berlainan.
    4. Cahaya merah yang bergerak dengan laju yang paling tinggi di dalam air dipesongkan sedikit manakala cahaya warna lain dipesongkan dengan sudut yang lebih besar kerana mempunyai laju yang lebih rendah di dalam air.
    5. Cahaya berwarna ungu dipesongkan dengan sudut yang paling besar kerana lajunya adalah paling rendah di dalam air berbanding dengan cahaya lain.
    6. Cahaya-cahaya itu kemudian mengalami pantulan dalam penuh di dalam titisan air dan menuju ke mata pemerhati. 

    Leave a Comment