Latihan Formatif 2.2 (Soalan 1 – 3) – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 2 (Daya dan Gerakan I)


Soalan 1:
Bagaimanakah anda boleh menentukan
(a) halaju daripada graf sesaran melawan masa?
(b) pecutan daripada graf halaju melawan masa?
(c) sesaran daripada graf halaju melawan masa?

Jawapan:
(a) Bagi graf sesaran-masa:
Halaju = kecerunan graf

(b) Bagi graf halaju-masa:
Pecutan = kecerunan graf

(c) Bagi graf halaju-masa:
Sesaran = luas di bawah graf


Soalan 2:
Berdasarkan Rajah 2.35, huraikan pergerakan objek dari O sehingga D secara kualitatif.



Jawapan:
$$ \begin{aligned} &O A \text { (sela masa } 0-t_1 \text { ) }\\ &\text { – bergerak ke kanan dengan pecutan, } \frac{u-0}{t_1-0} \end{aligned} $$

AB (sela masa t1t2)
– bergerak ke kanan dengan halaju seragam, pecutan sifar.


$$ \left.B C \text { (sela masa } t_2-t_3\right) $$
$$ \text { – bergerak ke kanan dengan pecutan, } \frac{v-u}{t_3-t_2} $$
$$ C D \text { (sela masa } t_3-t_4 \text { ) } $$
$$ \text { – bergerak dengan halaju berkurang, } $$
$$ \text { pecutan }=\frac{0-v}{t_4-t_3} \text { (nyah pecutan) } $$

Soalan 3:


Rajah 2.36 menunjukkan Rokiah mengambil masa 3 minit untuk berjalan ke kedai runcit yang berada 400 m di sebelah kanan rumahnya. Selepas 1 minit, dia membeli aiskrim dan berjalan ke padang permainan yang terletak 300 m dari kedai runcit dalam masa 2 minit. Dia duduk dan berehat di bangku berhampiran padang permainan selama 2 minit. Kemudian, menggunakan jalan pintas kembali ke rumahnya. Rokiah tiba di rumahnya dalam masa 2 minit.

(a) Berapakah halaju purata pergerakan Rokiah dari
(i) rumah ke kedai?
(ii) kedai ke padang permainan?
(iii) padang permainan ke rumah?

(b) Hitungkan laju purata bagi keseluruhan pergerakan Rokiah.

Jawapan:
(a)(i)
$$ \begin{aligned} \text { Halaju } & =\frac{\text { Sesaran }}{\text { Masa yang diambil }} \\ v & =\frac{400}{3 \times 60} \\ & =2.222 \mathrm{~m} / \mathrm{s} \end{aligned} $$
(a)(ii)
$$ \begin{aligned} v & =\frac{300}{2 \times 60} \\ & =2.5 \mathrm{~m} / \mathrm{s} \end{aligned} $$

(a)(iii)
$$ \begin{aligned} \text { Sesaran } & =\sqrt{400^2+300^2} \\ & =500 \mathrm{~m} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} \text { Halaju } & =\frac{500}{2 \times 60} \\ & =4.17 \mathrm{~m} / \mathrm{s} \end{aligned} $$

(b)
$$ \begin{aligned} & \text { Laju purata }=\frac{\text { Jumlah jarak }}{\text { Jumlah masa yang diambil }} \\ & \qquad \begin{aligned} v & =\frac{400+300+500}{(3+1+2+2+2) \times 60} \\ & =2 \mathrm{~m} / \mathrm{s} \end{aligned} \end{aligned} $$

Leave a Comment