Prinsip Pascal – Soalan-soalan Pengiraan

Contoh 1:
Dalam satu sistem hidraulik, omboh besar mempunyai luas keratan rentas A2 = 200 cm² dan omboh kecil mempunyai luas keratan rentas A1 = 5 cm². Sekiranya daya 250 N dikenakan pada omboh kecil, berapakah
A. Tekanan yang dikenakan pada omboh kecil?
B. Daya F, yang dihasilkan pada omboh besar?

Jawapan:
a. Tekanan dikenakan pada omboh kecil P= F/A = 250/ 5 =50N/cm2

b. Tekanan dikenakan pada omboh besar = Tekanan yang dikenakan pada omboh kecil

P= F/A

(50)= F/ (200)
F=10,000N

Contoh 2:
Satu jek hidraulik digunakan untuk mengangkat trak berjisim 5000 kg. Sekiranya diameter omboh kecil dan omboh besar jek masing-masing adalah 5cm dan 1 m,
  1. Berapakah tekanan pengukur dalam Pa yang mesti digunakan pada minyak?
  2. Berapakah besar daya yang diperlukan pada omboh kecil untuk mengangkat trak?

    Jawapan:
    a. Berat trek,
    W = mg
    W = (5000)(10) = 50,000N

    Luas permukaan omboh besar

    A 2 =π r 2 =π (1) 2 =π m 2

    Tekanan minyak

    P= F A P= 50,000 π =15,900Pa

    b.
    Luas permukaan ombo kecil

    A 1 =π r 2 =π (0.05) 2 =0.0025π m 2

    Mengikut prinsip Pascal,

    F 1 A 1 = F 2 A 2 F 1 (0.0025π) = (50,000) π F 1 = (50,000)(0.0025π) π =125N

Contoh 3:

Figure above shows a hydraulic system. The area of surface X is 5 cm² and the area of surface Y is 100 cm². Piston X has been pushed down 10cm. what is the change of liquid level, h, at Piston Y?
Rajah di atas menunjukkan satu sistem hidraulik. Luas permukaan X ialah 5 cm² dan luas permukaan Y ialah 100 cm². Jika piston X ditolak ke bawah 10cm, berapakah perubahan tahap cecair, h, pada Piston Y?

Jawapan:

Jarak dilalui omboh-X, h1 = 10cm
Jarak dilalui omboh-Y, h2 = h
Luas permukaan omboh-X, A1 = 5 cm²
Luas permukaan omboh-Y, A2 = 100 cm²

h 1 A 1 = h 2 A 2
(10)(5)=h(100)
h= 50 100 =0.5cm

Leave a Comment