Praktis Sumatif 5 (Soalan 3 & 4) – Fizik Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Soalan 3:
Rajah 2 menunjukkan satu litar rektifikasi gelombang penuh yang disambungkan kepada bekalan kuasa arus ulang-alik dan osiloskop sinar katod (O.S.K.).



(a) Lukiskan anak panah untuk menunjukkan pengaliran arus melalui diod semasa separuh kitar positif dan separuh kitar negatif. 


(b) Lakarkan paparan pada skrin osiloskop sinar katod jika sebuah kapasitor disambungkan selari dengan perintang, R. Apakah peranan kapasitor itu?

(c) Apakah akan terjadi kepada arus output jika sambungan diod, D1 disongsangkan?


Jawapan:
(a)





(b)

(c) Rektifikasi gelombang separuh akan berlaku.


Soalan 4:
Jadual 1 menunjukkan komponen-komponen utama yang diperlukan untuk membolehkan transistor berfungsi sebagai suis automatik kawalan cahaya.



(a) Lukiskan litar suis automatik transistor menggunakan komponen yang disediakan dalam jadual di atas.

(b) Bincangkan sama ada LED itu menyala apabila LDR berada dalam keadaan cerah.

(c) Nyatakan pengubahsuaian litar suis automatik transistor tersebut kepada litar penggera kawalan suhu supaya penggera akan berbunyi apabila suhu di sekitarnya menjadi terlalu panas.


Jawapan:
(a)


(b)
Dalam keadaan cerah, rintangan LDR adalah rendah. Oleh itu, voltan merentasi LDR berkurang tetapi voltan merentasi R meningkat. IB adalah rendah dan transistor dimatikan. IC akan menjadi rendah dan LED tidak akan menyala..

(c) Gantikan LED dengan penggera, perintang R dengan termistor dan LDR dengan perintang.

Leave a Comment