Praktis Sumatif 1 (Soalan 7 – 9) – Fizik Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1 (Daya dan Gerakan II)


Soalan 7:
Rajah 5 menunjukkan tiga daya bertindak ke atas suatu objek. Objek itu berada dalam keadaan pegun. Hitungkan magnitud daya S dan T.



Jawapan:
Tiga daya S, T dan 8 N membentuk satu segi tiga mengikut turutan.


$$ \begin{aligned} \frac{T}{8} & =\cos 60^{\circ} \\ T & =8 \cos 60^{\circ} \\ & =4.0 \mathrm{~N} \\ S & =\sqrt{8^2-4^2} \\ & =6.93 \mathrm{~N} \end{aligned} $$


Soalan 8:
Rajah 6(a) menunjukkan sebiji bola plastik digantung pada sebatang tiang. Rajah 6(b) ialah segi tiga daya bagi daya X, Y dan Z yang bertindak ke atas bola itu.
Pada Rajah 6(a), lakarkan gambar rajah jasad bebas bagi bola plastik itu.



Jawapan:


Soalan 9:
Tiga daya sesatah 10 N, 24 N dan 26 N bertindak ke atas suatu objek. Lukiskan satu segi tiga daya berskala bagi tiga daya itu jika objek berada dalam keadaan pegun.

Jawapan:
Oleh sebab objek itu dalam keadaan pegun, tiga daya sesatah 10 N, 24 N, 26 N berada dalam keseimbangan.
$$ \begin{aligned} &\begin{aligned} 10^2+24^2 & =676 \\ 26^2 & =676 \end{aligned}\\ &\text { iaitu, } 10^2+24^2=26^2 \end{aligned} $$
Mengikut Pythagoras Theorem, ketiga-tiga daya itu membentuk satu segi tiga tepat.




Leave a Comment