Soalan 1:
Dengan bantuan gambar rajah berlabel, jelaskan maksud medan lastik.
Jawapan:
Medan lastik ialah medan magnet paduan yang dihasilkan oleh interaksi antara medan magnet daripada konduktor pembawa arus dengan medan magnet daripada magnet kekal.

Soalan 2:
Rajah 4.15 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kesan daya ke atas konduktor pembawa arus.

(a) Apakah arah arus dalam dawai kuprum XY apabila suis bekalan kuasa arus terus dihidupkan?
(b) Terangkan gerakan dawai kuprum XY dan nyatakan arah gerakan tersebut.
Jawapan:
(a) X ke Y
(b) Arus dalam dawai kuprum XY menghasilkan medan magnet yang bertindih dengan medan magnet daripada magnet kekal.
Gabungan dua medan magnet ini menghasilkan medan magnet lastik.
Medan magnet lastik mengenakan daya ke atas dawai XY dan menggerakkan dawai itu.
Arah gerakan dawai XY ialah ke kanan.

Soalan 3:
Nyatakan tiga faktor yang mempengaruhi kelajuan putaran motor.
Jawapan:
Arus dalam gegelung, bilangan lilitan gegelung, kekuatan medan magnet

Soalan 4:
(a) Banding dan bezakan struktur motor berberus dengan motor tanpa berus.
(b) Nyatakan dua kelebihan motor tanpa berus berbanding dengan motor berberus.
Jawapan:
(a) Kedua-dua terdiri daripada gegelung dan magnet kekal.
Motor berberus: Magnet kekal adalah pegun manakala gegelung berputar
Motor tanpa berus: Gegelung adalah pegun manakala magnet kekal berputar
(b) Aras bunyi operasi yang lebih rendah
Kos penyelenggaraan yang lebih rendah