Cermin Cembung
- Cermin cembung melengkung ke luar dan memantulkan cahaya dari permukaan luarnya.
- Apabila sinar cahaya yang selari mengena cermin cembung, sinar cahaya akan memantul ke arah I uar.
- Sinar cahaya pantulan kelihatan seolah-olah tersebar dari suatu titik F, iaitu titik fokus, di belakang cermin.
- Cermin cembung juga dikenali sebagai cermin pencapah.
Peraturan-peraturan Pembinaan Gambarajah Sinar Cermin Cekung
Peraturan 1
Sinar cahaya yang menuju ke pusat lengkungan C dipantul balik mengikut lintasan yang sama.
PeraturanĀ 2
Sinar cahaya yang selari dengan paksi utama dipantul balik seolah-olah dari titik fokus F.
Peraturan 3
Sinar cahaya yang melalui titik fokus F dipantul balik mengikut lintasan yang selari dengan paksi utama.