Praktis Sumatif 1 (Soalan 4 – 6) – Fizik Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1 (Daya dan Gerakan II)


Soalan 4:
Berikan hujah anda tentang pernyataan yang berikut.


Jawapan:
Daya paduan bagi dua daya mempunyai magnitud yang paling besar apabila daya-daya itu bertindak ke atas satu objek pada arah yang sama.

Jika daya 17 N dan daya 13 N bertindak pada arah yang sama, daya paduan
= 17 + 13
= 30 N


Daya paduan bagi dua daya mempunyai magnitud yang paling kecil apabila daya-daya itu bertindak pada arah yang bertentangan.

Jika daya 17 N dan daya 13 N bertindak pada arah yang bertentangan, daya paduan
= 17 + (–13)
= 4 N

Oleh itu, daya paduan bagi 17 N dan 13 N mempunyai magnitud antara 4 N dengan 30 N.


Soalan 5:
Pergerakan sebuah motosikal berjisim 180 kg adalah seperti yang berikut.


Bagi setiap peringkat, nyatakan magnitud dan arah daya paduan ke atas motosikal itu.

Jawapan:
Peringkat I: Bagi objek yang pegun, halaju = 0 dan pecutan, a = 0.
Daya paduan, F = ma
 F = 0 N


Peringkat II: u = 0, v = 20 m s-1, t = 8 s
$$ \begin{aligned} &\text { Pecutan, }\\ &\begin{aligned} a & =\frac{20-0}{8} \\ & =2.5 \mathrm{~m} \mathrm{~s}^{-2} \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Daya paduan, }\\ &\begin{aligned} F & =180 \times 2.5 \\ & =450 \mathrm{~N} \text { ke arah timur } \end{aligned} \end{aligned} $$

Peringkat III: Bagi objek yang bergerak dengan halaju seragam, pecutan, a = 0.
Daya paduan, F = ma
    F = 0 N


Soalan 6:
Rajah 4 menunjukkan seorang tukang masak mengenakan daya 12 N untuk memotong sebiji bawang.

(a) Hitungkan komponen mengufuk dan komponen menegak bagi daya 12 N.

(b) Apakah fungsi komponen mengufuk dan komponen menegak dalam tindakan memotong bawang itu?


Jawapan:
(a)
$$ \begin{aligned} \text { Komponen mengufuk } & =12 \sin 55^{\circ} \\ & =9.83 \mathrm{~N} \\ \text { Komponen menegak } & =12 \cos 55^{\circ} \\ & =6.88 \mathrm{~N} \end{aligned} $$

(b) Komponen mengufuk menggerakkan pisau ke hadapan.
Komponen menegak menekan pisau pada arah ke bawah.

Leave a Comment