Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa kawasan bendalir yang bergerak dengan halaju yang lebih tinggi mempunyai tekanan yang lebih rendah.
Experiment 1 |
(Rajah 1) |
- Apabila cecair mengalir melalui suatu tiub seragam, tekanannya berkurangan secara seragam seperti ditunjukkan. dalam Rajah 1 di atas kerana air mengalir dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan bertekanan rendah.
- Tekanan pada titik A lebih tinggi daripada tekanan pada titik B, manakala tekanan pada titik B lebih tinggi daripada tekanan pada titik C.
|
(Rajah 2) |
- Jika tiub tidak seragam mempunyai suatu bahagian yang sempit seperti ditunjukkan dalam Rajah 2 di atas, tekanan cecair di bahagian sempit itu adalah paling rendah.
- Oleh kerana isi padu air sesaat yang mengalir melalui bahagian A, B, dan C adalah sama, maka laju air yang mengalir melalui bahagian sempit B adalah lebih tinggi berbanding dengan laju air di A dan C.
- Menurut Prinsip Bernoulli, laju yang tinggi menyebabkan tekanan pada bahagian B menjadi rendah.
Experiment 2 |
(Rajah 3) |
- Rajah di atas menunjukkan udara ditiub melalui satu tiub yang seragam.
- Didapati bahawa aras air di A adalah paling rendah. Ini adalah kerana tekanan gas di A adalah paling tinggi.
- Tekanan gas berkurang dari A ke C. Oleh itu, aras air meningkat dari A ke C.
|
(Rajah 4) |
- Apabila udara ditiup melalui tiub seperti ditunjukkan dalam Rajah 4, aras air dalam tiub A lebih rendah daripada tiub C, manakala aras air dalam tiub C lebih rendah daripada tiub B.
- Ini disebabkan oleh tekanan di A lebih tinggi daripada tekanan di C. Tekanan di B adalah paling rendah kerana udara bergerak dengan paling cepat di B, maka aras air di B adalah paling tinggi.