Praktis Formatif 5.2 – Fizik Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Apakah maksud istilah yang berikut?
(a) Diod semikonduktor
(b) Keadaan pincang depan
(c) Rektifikasi

Jawapan:
(a) Komponen elektronik yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah sahaja.

(b) Suatu keadaan diod apabila terminal positif sel kering disambungkan kepada anod diod dan terminal negatif disambungkan kepada katod diod; arus elektrik dapat mengalir dalam litar.

(c) Penukaran arus ulang-alik ke arus terus.


Soalan 2:
Lukiskan satu litar rektifikasi gelombang penuh menggunakan empat diod semikonduktor. Kemudian, lakarkan paparan skrin voltan output pada osiloskop sinar katod jika satu diod semikonduktor itu terbakar. 

Jawapan:


Soalan 3:
(a) Namakan komponen elektronik yang digunakan untuk meratakan arus output litar rektifikasi gelombang penuh.

(b) Terangkan prinsip kerja komponen elektronik di 3(a).

Jawapan:
(a) Kapasitor


(b)
Kapasitor disambungkan secara selari dengan beban.

Ketika beza keupayaan meningkat, kapasitor akan dicaskan dan tenaga disimpan dalam kapasitor tersebut.

Ketika beza keupayaan menyusut, kapasitor akan dinyahcaskan agar arus output tidak jatuh ke nilai sifar. Tenaga yang disimpan dalam kapasitor akan mengekalkan beza keupayaan merentasi perintang.

Daripada bentuk gelombang output yang dilicinkan, hal ini menunjukkan bahawa kapasitor berfungsi sebagai perata arus.

Leave a Comment