Praktis Sumatif 6 (Soalan 8 & 9) – Fizik Tingkatan 5 (KSSM) Bab 6


Soalan 8:
Rajah 2 menunjukkan perubahan tenaga yang berlaku daripada tenaga nuklear kepada tenaga elektrik dalam reaktor nuklear.



(a) Bagaimanakah tenaga nuklear dihasilkan dalam sebuah reaktor?

(b) Bagaimanakah tenaga haba ditukar menjadi tenaga kinetik daripada putaran turbin?
Jelaskan jawapan anda.

(c) Tenaga kinetik daripada putaran turbin dapat menghasilkan tenaga elektrik.
Bagaimanakah proses ini berlaku? Jelaskan.

(d) Biasanya, menara penyejukan yang tinggi dibina di stesen jana kuasa nuklear.
Terangkan sebabnya.


Jawapan:
(a) Tindak balas berantai pembedilan neutron ke atas nukleus uranium-235 menghasilkan jumlah tenaga nuklear yang besar dalam reaktor.

(b) Tenaga haba mendidihkan air sejuk. Stim pada tekanan tinggi mampu memutarkan turbin dengan kelajuan yang amat tinggi.

(c) Putaran turbin dapat menghidupkan dinamo untuk menghasilkan tenaga elektrik melalui proses aruhan elektromagnet.


(d) Selepas melalui turbin, stim akan disejukkan dengan air yang banyak dari tasik atau kolam. Sebahagian haba yang terhasil melalui proses penyejukan stim dibebaskan melalui menara penyejukan. Reaktor nuklear perlu mempunyai sistem penyejukan yang lengkap dan berfungsi baik. Sistem penyejukan yang gagal berfungsi akan menyebabkan teras reaktor melebur (meltdown) dan boleh mengakibatkan bencana kebocoran radioaktif yang serius.


Soalan 9:
Sebuah agensi nuklear bercadang untuk membina stesen penjana kuasa nuklear di negara kita bagi menampung permintaan tenaga yang semakin meningkat. Namun, tindak balas pembelahan nukleus memerlukan bahan api uranium atau plutonium yang sangat mahal. Tambahan pula, isu pengurusan sisa radioaktif dan ancaman pencemaran alam sekitar juga membimbangkan orang ramai.

Andaikan anda sebagai seorang pakar sains nuklear yang ditugaskan untuk pembinaan stesen penjana kuasa nuklear. Bincangkan pertimbangan yang perlu dibuat berdasarkan aspek yang berikut:

• lokasi loji kuasa nuklear
• dinding teras reaktor
• dinding bangunan reaktor
• agen penyejuk
• kaedah pengawalan tenaga
• pengurusan sisa radioaktif
• langkah keselamatan

Berikan justifikasi bagi setiap cadangan anda.


Jawapan:



Leave a Comment