Penilaian Prestasi 1 (Soalan 4 – 6) – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 1 (Pengukuran)


Soalan 4:
Cikgu Ahmad mengukur masa yang dicatatkan oleh lima orang muridnya semasa latihan lumba lari 400 m di padang sekolah. Jadual 2 menunjukkan masa yang dicatatkan.


(a) Lengkapkan Jadual 2 dengan menghitungkan laju lima orang murid tersebut.

(b) Cadangkan alat yang mungkin digunakan oleh Cikgu Ahmad untuk mengukur masa dalam situasi ini.

(c) Berdasarkan Jadual 2, murid manakah yang berlari dengan paling pantas?

(d) Nyatakan satu langkah penambahbaikan untuk meningkatkan kejituan data catatan masa dalam Jadual 2.


Jawapan:
(a)

(b) Beliau menggunakan jam randik elektronik untuk mengukur masa pergerakan mereka.

(c) Murid C paling pantas.

(d) Menggunakan pengesan elektronik untuk mengelakkan kesilapan pengukuran kerana masa tindak balas manusia untuk memulakan dan menghentikan jam randik.


Soalan 5:
Jadual 3 menunjukkan rumus untuk tiga kuantiti fizik.


(a) Andaikan daya, F, luas, A dan masa, T dipilih sebagai kuantiti asas fizik yang baharu, manakala jisim, m dan panjang, l dipilih sebagai kuantiti terbitan yang baharu, terbitkan jisim, m dan panjang, l dalam sebutan F, A dan T.

(b) Apakah kekangan yang akan dihadapi oleh ahli fizik jika FAT dijadikan sebagai kuantiti fizik yang baharu?


Jawapan:
(a)
$$ \text { Dalam sistem lama, } \begin{aligned} F & =m l t^{-2} \\ m & =F t^2 l^{-1} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Maka, dalam sistem FAT }\\ &\begin{aligned} l & =A^{1 / 2}, \text { dan } \\ m & =F T^2 l^{-1} \\ & =F T^2 A^{-1 / 2} \end{aligned} \end{aligned} $$


(b)
– Tiada alat pengukur yang sesuai untuk mengukur daya dan luas dengan tepat.

– Tiada alat atau objek piawaian untuk menetapkan daya dan luas

– Unit untuk kuantiti terbitan menjadi sangat rumit dan akan menghalang komunikasi yang berkesan antara ahli fizik.


Soalan 6:
Rajah 3 menunjukkan graf yang diperoleh dalam beberapa eksperimen. Berdasarkan bentuk setiap graf, tentukan hubungan antara dua kuantiti fizik, p dan q.



Jawapan:
(a)– Garis lurus tidak melalui asalan dan kecerunan negatif
p berkurang secara linear dengan q

(b) – Garis melengkung tidak melalui asalan dan kecerunan negatif
p berkurang dengan q

(c) – Garis lurus mengufuk dan kecerunan sifar
p malar atau p tidak bergantung pada q

Leave a Comment