Kamera

Kamera

Struktur and Fungsi Kamera-06

Komponen dan Fungsi

Kanta Cembung

Untuk memfokuskan cahaya objek ke filem supaya imej tajam dapat dihasilkan.

Diafragma

Untuk mengawal saiz apertur dan dengan itu mengawal jumlah cahaya dibenarkan bergerak ke dalam kamera.

Gelang fokus

Untuk mengubah jarak antara kanta dan filem supaya imej yang terbentuk menfokus pada filem.

Filem

  1. Bertindak sebagai skrin untuk pembentukan imej.
  2. Bahan kimia di atasnya akan bertindak balas apabila terdedah kepada cahaya dan menghasilkan gambar.

Pengatup (Shutter)

  1. Terbuka apabila gambar diambil untuk membolehkan cahaya bergerak ke filem.
  2. Kelajuan pengatup adalah tempoh masa apabila pengatup dibuka. Ia mengawal kuantiti cahaya mencapai ke filem itu.

Apertur

  1. Terbuka apabila gambar diambil untuk membolehkan cahaya bergerak ke filem.
  2. Kelajuan pengatup adalah tempoh masa apabila pengatup dibuka. Ia mengawal kuantiti cahaya ke filem itu.

Nota Penting:

  1. Filem, biasanya disimpan dalam keadaan gelap sepenuhnya, mengandungi bahan kimia peka cahaya yang disebut argentum bromida.
  2. Apabila butang kamera ditekan, shutter di depan filem terbuka kemudian ditutup semula, ini membolehkan filem itu terdedah kepada cahaya buat seketika.
  3. Keamatan cahaya yang berbeza serta warna cahaya yang berlainan akan menyebabkan perubahan kimia yang berbeza dalam filem, yang kemudian dapat diproses dan digunakan untuk mencetak foto.
  4. Gambar yang terbentuk pada filem tersebut adalah
    1. nyata
    2. songsang
    3. lebih kecil daripada objek

Leave a Comment