Pantulan Cahaya
Cahaya menunjukkan fenomena gelombang
- Cahaya ialah sejenis gelombang melintang.
- Ia juga sejenis gelombang elektromagnet.
- Cahaya menunjukkan beberapa fenomena gelombang seperti pantulan dan pembiasan
Pantulan cahaya pada cermin satah
- Kita boleh melihat sesuatu objek kerana objek itu memantul cahayanya ke dalam mata kita.
- Rajah di bawah menunjukkan pantulan cahaya yang ditujukan ke permukaan sebuah cermin satah
Istilah penting – sinar tuju dan sinar pantulan
- Sinar tuju ialah alur cahaya yang menuju ke arah permukaan cermin.
- Sinar pantulan ialah alur cahaya yang terpantul daripada permukaan cermin
Istilah penting – garis normal
Normal ialah satu garisan yang serenjang dengan permukaan cermin di titik pantulan berlaku.
Istilah penting – sudut tuju dan sudut pantulan
- Sudut tuju, i ialah sudut sudut di antara garis normal dan alur sinar tuju.
- Sudut pantulan, r ialah sudut di antara garis normal dan alur sinar pantulan.
MESTI INGAT!
Sudut tuju dan sudut pantulan diukur daripada normal, tetapi bukan daripada permukaan pantulan.