Pantulan Cahaya

Pantulan Cahaya

Cahaya menunjukkan fenomena gelombang

  1. Cahaya ialah sejenis gelombang melintang.
  2. Ia juga sejenis gelombang elektromagnet.
  3. Cahaya menunjukkan beberapa fenomena gelombang seperti pantulan dan pembiasan

Pantulan cahaya pada cermin satah

  1. Kita boleh melihat sesuatu objek kerana objek itu memantul cahayanya ke dalam mata kita.
  2. Rajah di bawah menunjukkan pantulan cahaya yang ditujukan ke permukaan sebuah cermin satah

Istilah penting – sinar tuju dan sinar pantulan

  1. Sinar tuju ialah alur cahaya yang menuju ke arah permukaan cermin.
  2. Sinar pantulan ialah alur cahaya yang terpantul daripada permukaan cermin

Istilah penting – garis normal

Normal ialah satu garisan yang serenjang dengan permukaan cermin di titik pantulan berlaku.

Istilah penting – sudut tuju dan sudut pantulan

  1. Sudut tuju, i ialah sudut sudut di antara garis normal dan alur sinar tuju.
  2. Sudut pantulan, r ialah sudut di antara garis normal dan alur sinar pantulan.

MESTI INGAT!

Sudut tuju dan sudut pantulan diukur daripada normal, tetapi bukan daripada permukaan pantulan.

Leave a Comment