Projektor Slaid

struktur dan fungsi projektor-07

Struktur dan Fungsi

Mentol
  1. Mentol kecerahan tinggi digunakan.
  2. Mentol mesti diletakkan di pusat lengkung bagi cermin cekung.
Cermin cekung
  1. Fungsi cermin cekung adalah untuk memantul dan memfokus cahaya yang memancar ke arah kondenser.
  2. Ini adalah untuk meningkatkan kecerahan gambar.
Kondenser
  1. Kondensor terdiri daripada dua kanta Plano-cembung.
  2. Fungsi kondensor adalah memfokuskan semua cahaya yang mencerahkan seluruh bahagian slaid.
  3. Ia juga berfungsi sebagai penebat haba untuk menghalang haba dari mentol supaya ia tidak merosakkan slaid.
Slaid
  1. Slaid bertindak sebagai objek.
  2. Ia terletak pada jarak antara f dan 2f dari kanta projektor sehingga gambar yang dihasilkan adalah nyata dan diperbesarkan.
  3. Slaid sengaja diletakkan terbalik supaya imej terbentuk di skrin kelihatan tegak.
Kanta Projektor
  1. Kanta projektor menayang dan memfokus imej di skrin yang terletak beberapa meter jauhnya.
  2. Ia dapat diselaraskan untuk memfokuskan imej yang tajam di atas skrin.
Imej

Imej yang dihasilkan adalah

  1. Nyata (ia terbentuk di skrin)
  2. Diperbesarkan
  3. Songsang (Oleh kerana slaid diletakkan terbalik, maka gambar kelihatan tegak)

Leave a Comment