Letupan

Letupan

Sebelum letupan, kedua-dua objek dalam keadaan pegun dan melekat bersama.Selepas perlanggaran, kedua-dua objek bergerak dalam arah yang bertentangan.
Jumlah momentum sebelum perlanggaran = 0.

Jumlah momentum selepas perlanggaran:

m1v1 + m2v2

Daripada Prinsip Keabadian Momentum

Jumlah Momentum Sebelum Perlanggaran = Jumlah Momentum Selepas Perlanggaran

0 = m1v1 + m2v2

m1v1 = – m2v2

(tanda negatif menunjukkan objek bergerak dalam arah bertentangan.

Contoh:
Seorang lelaki melepaskan satu tembakan daripada satu senapang yang berjisim 2.5kg. Jika jisim peluru ialah 50g dan ia bergerak dengan halaju 250 m/s selepas tembakan itu. Cari halaju senapang itu tersentak selepas tembakan.

Jawapan:
Soalan ini ialah soalan tipikal bagi kes letupan

m1 = 2.5 kg
m2 = 0.01 kg
u1 = 0 ms-1
u2 = 0 ms-1
v1 = ?
v2 = 250 ms-1

Prinsip Keabadian Momentum
0 = m1v1 + m2v2
0 = (2.5)v1 + (0.01)(250)
(2.5)v1 = -2.5v1 = -1 ms-1

External Link

Leave a Comment