Latihan Formatif 5.4 – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Apakah fenomena gelombang yang berlaku apabila ombak laut bergerak menuju ke arah pantai? Jelaskan jawapan anda dengan bantuan gambar rajah.

Jawapan:



Fenomena gelombang yang berlaku apabila ombak laut bergerak menuju ke arah pantai:

– Apabila muka gelombang air merambat ke tanjung, laju gelombang air berkurang menyebabkan panjang gelombang menjadi lebih kecil.

– Muka gelombang air yang menuju ke arah teluk bergerak dengan kelajuan yang lebih tinggi dan panjang gelombang yang lebih besar.


– Hal ini menyebabkan muka gelombang membengkok dan mengikut bentuk tepi pantai.

– Pembiasan gelombang air menyebabkan tenaga gelombang ditumpukan pada kawasan tanjung. menyebabkan amplitud ombak lebih tinggi. Di kawasan teluk, tenaga gelombang disebarkan ke kawasan yang lebih luas menyebabkan amplitud ombak lebih rendah dan air lebih tenang.

Soalan 2:
Rajah 5.44 menunjukkan gelombang air satah berfrekuensi 10.0 Hz merambat dari kawasan dalam ke sempadan kawasan cetek PQ. Laju gelombang air di kawasan dalam ialah 30 cm s–1.

(a) Hitungkan panjang gelombang, λ.

(b) Hitungkan laju gelombang air di kawasan cetek jika panjang gelombang air di kawasan itu ialah 1.5 cm.

(c) Dengan menggunakan anak panah, lukiskan arah perambatan gelombang di kawasan cetek dan seterusnya lakarkan muka-muka gelombang air yang terbias di kawasan itu.

(d) Bandingkan frekuensi, panjang gelombang dan laju di kawasan dalam dan kawasan cetek.


Jawapan:
$$ \begin{aligned} f & =10 \mathrm{~Hz} \\ v_1 & =30 \mathrm{~cm} \mathrm{~s}^{-1} \\ \lambda_1 & =? \\ \lambda_2 & =1.5 \mathrm{~cm} \\ v_2 & =? \end{aligned} $$


(a)
$$ \begin{aligned} v & =f \lambda \\ \lambda_1 & =\frac{v_1}{f} \\ \lambda_1 & =\frac{30}{10} \\ & =3 \mathrm{~cm} \end{aligned} $$


(b)
$$ \begin{aligned} v & =f \lambda \\ v_2 & =f \lambda_2 \\ v_2 & =10 \times 1.5 \\ v_2 & =15 \mathrm{~cm} \mathrm{~s}^{-1} \end{aligned} $$


(c)




(d)


Leave a Comment