Latihan Formatif 5.6 – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Rajah 5.67 menunjukkan eksperimen dwicelah Young.


(a) Nyatakan fenomena yang berlaku apabila cahaya melalui celah tunggal.

(b) Apakah yang berlaku kepada dua alur cahaya dalam kawasan PQ di atas skrin?

(c) Huraikan pembentukan pinggir cerah dan pinggir gelap.

(d) Dalam sususan radas eksperimen ini, a = 0.30 mm, D = 2.5 m. Jarak di antara dua pinggir gelap yang bersebelahan ialah x = 4.6 mm.
Hitungkan panjang gelombang cahaya hijau itu.


Jawapan:
(a) Pembelauan

(b) Dua alur cahaya bersuperposisi untuk berlaku fenomena interferens.

(c)
Pinggir cerah dibentuk apabila gelombanggelombang dari dwicelah berinterferens secara membina.

Pinggir gelap dibentuk apabila gelombanggelombang dari dwicelah berinterferens secara memusnah.


(d)
$$ \begin{aligned} & a=0.30 \mathrm{~mm}=\left(0.30 \times 10^{-3}\right) \mathrm{m} \\ & x=4.6 \mathrm{~mm}=\left(4.6 \times 10^{-3}\right) \mathrm{m} \\ & D=2.5 \mathrm{~m} \\ & \lambda=? \end{aligned} $$


$$ \begin{aligned} \lambda & =\frac{a x}{D} \\ & =\frac{\left(0.30 \times 10^{-3}\right) \mathrm{m} \times\left(4.6 \times 10^{-3}\right) \mathrm{m}}{2.5 \mathrm{~m}} \\ & =5.52 \times 10^{-7} \mathrm{~m} \end{aligned} $$

Leave a Comment