Satu gelembung udara terperangkap di bawah sehelai daun yang terapung di permukaan air sebuah tasik. Isi padu gelembung udara ialah 3.6 cm3 apabila suhu ialah 20°C.
(a) Berapakah isi padu udara yang terperangkap apabila suhu air telah meningkat kepada 38°C?
(b) Nyatakan tiga andaian yang perlu dibuat dalam penghitungan di 9(a).
Jawapan:
(a)
Rumus Hukum Charles:
V1T1=V2T23.6(20∘C+273)=V2(38∘C+273)V2=3.6×311293V2=3.82 cm3
(b)
– Jisim udara yang terperangkap tidak berubah.
– Tekanan udara yang terperangkap adalah malar.
– Udara terperangkap dan air berada dalam keseimbangan terma. Suhu air sama dengan suhu udara itu.
Rajah 2 menunjukkan ketulan ais sedang dipanaskan oleh pemanas rendam 500 W selama 80 saat. Ketulan ais yang melebur dikumpulkan di dalam sebuah bikar.
[Haba pendam tentu pelakuran ais ialah 3.34 × 105 J kg–1]
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan haba pendam tentu pelakuran?
(b) Mengapakah suhu tidak berubah apabila ketulan ais berubah menjadi cecair?
(c) Hitungkan:
(i) tenaga yang diserap oleh ketulan ais.
(ii) jisim ketulan ais yang sudah melebur.
(d) Apakah andaian yang dibuat dalam penghitungan anda di 10(c)?
Jawapan:
(a)
Haba pendam tentu pelakuran, lf bagi suatu bahan ialah kuantiti haba yang diserap semasa peleburan atau kuantiti haba yang dibebaskan semasa pembekuan bagi 1 kg bahan itu tanpa perubahan suhu.
(b)
Haba yang diserap tidak menambah tenaga kinetik purata molekul-molekul. Haba itu digunakan untuk melemahkan ikatan di antara molekul ais.
(c)(i)
Q=Pt=500×80=40000 J
(c)(ii)
Q=ml40000=m×3.34×105m=400003.34×105m=0.12 kg
(d)
– Semua haba yang dibekalkan oleh pemanas rendam diserap oleh ais. Tiada kehilangan haba ke persekitaran.
– Ais tidak menyerap haba daripada persekitaran.