Kuantiti Skalar dan Kuantiti Vektor
- Semua kuantiti fizik boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu
- Kuantiti Skalar
- Kuantiti Vektor
- Kuantiti skalar ialah kuantiti yang mempunyai magnitud sahaja seperti panjang, jarak, jisim, laju, kerja, dan sebagainya.
- Kuantiti vektor ialah kuantiti yang mempunyai magnitud dan arah seperti sesaran, halaju, momentum, daya, dan sebagainya.
Gambarajah Vektor
- Vektor biasanya diwakili oleh satu garis yang berarah.
- Panjang garis itu adalah magnitud vektor dan arah anak panah pula ialah arah vektor.
- Magnitud untuk sesuatu vektor misalnya vektor AB ditulis sebagai
$v = {s \over t}$
$v = \frac{s}{t}$
Vektor Sama
- Dua vektor dikatakan sama jika kedua-duanya mempunyai magnitud dan arah yang sama.
- Dua vektor yang sama tidak semestinya bermula dan berakhir pada titik yang sama.
Vektor Negatif
Vektor negatif ialah vektor yang bermagnitud sama tetapi bertentangan arah dengan vektor yang dirujukkan.