Kuantiti Vektor

Kuantiti Skalar dan Kuantiti Vektor

  1. Semua kuantiti fizik boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu
    1. Kuantiti Skalar
    2. Kuantiti Vektor
  2. Kuantiti skalar ialah kuantiti yang mempunyai magnitud sahaja seperti panjang, jarak, jisim, laju, kerja, dan sebagainya.
  3. Kuantiti vektor ialah kuantiti yang mempunyai magnitud dan arah seperti sesaran, halaju, momentum, daya, dan sebagainya.

Gambarajah Vektor

  1. Vektor biasanya diwakili oleh satu garis yang berarah.
  2. Panjang garis itu adalah magnitud vektor dan arah anak panah pula ialah arah vektor.
  3. Magnitud untuk sesuatu vektor misalnya vektor AB ditulis sebagai $v = {s \over t}$ $v = \frac{s}{t}$

Vektor Sama

  1. Dua vektor dikatakan sama jika kedua-duanya mempunyai magnitud dan arah yang sama.
  2. Dua vektor yang sama tidak semestinya bermula dan berakhir pada titik yang sama.

Vektor Negatif

Vektor negatif ialah vektor yang bermagnitud sama tetapi bertentangan arah dengan vektor yang dirujukkan.

Leave a Comment