Penilaian Prestasi 5 (Soalan 8 & 9) – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5


Soalan 8:
Rajah 7 menunjukkan imej gelombang air bergerak dari kawasan air dalam ke kawasan air cetek.



(a) Dalam Rajah 7, lukis corak gelombang di kawasan A dan kawasan B.

(b) Diberi laju gelombang air pada kawasan air cetek dan kawasan air dalam masing-masing ialah 4.0 m s–1 dan 9.0 m s–1. Panjang gelombang di kawasan air cetek ialah 2 m. Hitungkan panjang gelombang di kawasan air dalam.


Jawapan:
(a)




(b)
$$ \begin{aligned} \frac{v_1}{\lambda_1} & =\frac{v_2}{\lambda_2} \\ \frac{4}{2} & =\frac{9}{\lambda_2} \\ \lambda_2 & =\frac{9 \times 2}{4} \\ \lambda_2 & =4.5 \mathrm{~m} \end{aligned} $$


Soalan 9:
Rajah 8 menunjukkan graf sesaran melawan masa yang mewakili ayunan sebuah bandul.



Berdasarkan graf sesaran melawan masa dalam Rajah 8. Jawab soalan berikut:

(a) Apakah perubahan yang berlaku terhadap amplitud ayunan bandul?

(b) Apakah fenomena yang terjadi kepada ayunan bandul tersebut?

(c) Apakah sebab utama fenomena ini terjadi?

(d) Bagaimanakah bandul dapat kekal berayun?


Jawapan:



(a) Amplitud berkurang

(b) Pelembapan

(c) Rintangan udara menentang gerakan ladung

(d) Mengenakan daya berkala dengan frekuensi yang sama dengan frekuensi asli bandul ringkas itu.

Leave a Comment