Penilaian Prestasi 5 (Soalan 10 & 11) – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 5


Soalan 10:
Rajah 9 menunjukkan corak interferens yang terhasil dalam eksperimen interferens cahaya yang menggunakan cahaya berwarna.



Jadual 1 menunjukkan warna cahaya yang digunakan dalam eksperimen itu dan nilai panjang gelombang. Lengkapkan Jadual 1 dengan memadankan warna cahaya dengan corak A, B dan C.


Jelaskan jawapan anda.


Jawapan:





$$ \lambda=\frac{a x}{D} \quad \text { Maka, } x=\frac{\lambda D}{a} $$
Oleh itu, pemisahan di antara pinggir cerah yang bersebelahan, x berkadar terus dengan panjang gelombang, λ.

Cahaya biru dengan panjang gelombang yang paling pendek menghasilkan pinggir-pinggir cerah yang paling rapat.

Cahaya merah dengan panjang gelombang yang paling panjang menghasilkan pinggir-pinggir cerah yang jarak besar / paling renggang.


Soalan 11:
Rajah 10 menunjukkan satu sistem komunikasi yang melibatkan penghantaran terus isyarat gelombang elektromagnet dari stesen pemancar ke stesen penerima. Jarak di antara dua stesen yang jauh dan bentuk Bumi menyebabkan stesen penerima tidak dapat menerima isyarat yang jelas secara terus dari pemancar. Anda dikehendaki memberi beberapa cadangan untuk mereka bentuk satu sistem komunikasi yang dapat menambah baik kualiti penghantaran isyarat.



Terangkan cadangan anda berdasarkan aspek-aspek berikut:

(a) jenis gelombang yang dipancarkan

(b) frekuensi gelombang

(c) kaedah yang membolehkan gelombang itu merambat melalui jarak yang lebih jauh

(d) lokasi pemancar dan penerima


Jawapan:
(a) Gelombang mikro digunakan untuk membawa maklumat.
Gelombang mikro ialah gelombang elektromagnet yang bergerak dengan laju yang sama dengan laju cahaya dan tidak memerlukan medium untuk perambatannya.

(b) Gelombang mikro mempunyai frekuensi yang lebih tinggi daripada gelombang radio dan boleh menembusi atmosfera tanpa banyak kehilangan tenaga.


(c) Lancar satelit komunikasi dalam orbit geopegun untuk menerima isyarat dari stesen pemancar dan menghantar isyarat ke stesen penerima.
Kedudukan satelit dalam orbit geopegun hendaklah di antara stesen pemancar dengan stesen penerima.

(d) Pemancar dan penerima ditempatkan di kawasan yang lapang dan tinggi supaya gelombang yang dihantar dan diterima tidak mengalami pantulan atau pembelauan akibat objek-objek penghalang yang berhampiran.

Leave a Comment