Soalan 1:
Apakah maksud aruhan elektromagnet?
Jawapan:
Aruhan elektromagnet ialah penghasilan d.g.e. aruhan merentasi suatu konduktor apabila terdapat gerakan relatif antara konduktor itu dengan suatu medan magnet atau apabila konduktor itu berada di dalam medan magnet yang berubah.

Soalan 2:
(a) Nyatakan hukum Faraday.
(b) Gunakan hukum Faraday untuk menerangkan kesan kelajuan putaran gegelung ke atas magnitud d.g.e. aruhan dalam sebuah penjana arus.
Jawapan:
(a) Hukum Faraday menyatakan bahawa magnitud d.g.e. aruhan adalah berkadar terus dengan kadar pemotongan fluks magnet.
(b) Apabila suatu gegelung diputarkan dan memotong garis medan magnet, d.g.e. diaruh dalam gegelung itu.
Jika kelajuan putaran gegelung ditambah, kadar pemotongan fluks magnet bertambah. Menurut hukum
Faraday, d.g.e. aruhan akan bertambah.

Soalan 3:

Rajah 4.30 menunjukkan sebuah bandul ringkas dengan ladung magnet bar berayun berhampiran dengan satu gelang kuprum.
(a) Terangkan penghasilan arus dalam gelang kuprum apabila magnet bar sedang bergerak menuju gelang itu.
(b) Pada kedudukan pemerhati di hadapan gelang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.30, nyatakan sama ada arus dalam gelang kuprum tersebut mengikut arah jam atau melawan arah jam.
(c) Terangkan kesan arus dalam gelang kuprum ke atas gerakan magnet bar itu.
Jawapan:
(a) Apabila magnet bar bergerak mendekati gelang kuprum, garis-garis medan magnet dipotong oleh gelang.
Suatu d.g.e. aruhan dihasilkan dalam gelang itu. D.g.e. aruhan ini menghasilkan suatu arus aruhan dalam gelang kuprum itu.
(b) Lawan arah jam
(c) Menurut hukum Lenz, arus lawan arah jam menghasilkan kutub magnet utara untuk menentang gerakan magnet bar.
Hal ini menyebabkan gerakan magnet bar diperlahankan.