Praktis Formatif 4.3 – Fizik Tingkatan 5 (KSSM) Bab 4 (Keelektromagnetan)


Soalan 1:
Sebuah transformer injak turun disambungkan kepada bekalan arus ulang-alik. Huraikan prinsip kerja transformer itu.

Jawapan:
Voltan ulang alik menghasilkan arus ulang-alik dalam gegelung primer.

Arus ulang alik itu menghasilkan medan magnet yang berubah-ubah.

Medan magnet itu dipautkan kepada gegelung sekunder melalui teras besi lembut.

Medan magnet yang berubah-ubah itu mengaruh suatu voltan ulang-alik dalam gegelung sekunder.

Bilangan lilitan gegelung sekunder kurang daripada bilangan lilitan gegelung primer.

Voltan merentasi gegelung sekunder lebih rendah daripada voltan merentasi gegelung primer.

Dengan itu, transfomer itu menurunkan voltan.


Soalan 2:
Seorang murid mengumpulkan maklumat tentang sebuah transformer seperti yang berikut.


(a) Hitungkan kecekapan transformer itu.
(b) Terangkan dua faktor yang menyebabkan transformer itu tidak unggul.


Jawapan:
(a)
$$ \begin{aligned} &\text { Kecekapan, } \eta =\frac{\text { Kuasa output }}{\text { Kuasa input }} \times 100 \% \\ & =\frac{V_{\mathrm{S}} I_{\mathrm{S}}}{V_{\mathrm{P}} I_{\mathrm{P}}} \times 100 \% \\ & =\frac{6 \times 4.80}{120 \times 0.25} \times 100 \% \\ & =96.00 \% \end{aligned} $$

(b) Rintangan gegelung yang menyebabkan pemanasan gegelung apabila arus mengalir melaluinya. Hal ini menyebabkan kehilangan tenaga dalam bentuk haba.

Histerisis yang disebabkan oleh pemagnetan dan penyahmagnetan teras besi lembut menyebabkan kehilangan tenaga dalam bentuk haba.


Soalan 3:
Terangkan bagaimana dapur aruhan boleh memanaskan makanan di dalam sebuah periuk keluli yang terletak di atasnya.

Jawapan:
Arus ulang-alik dalam gegelung menghasilkan medan magnet yang berubah-ubah.

Medan magnet yang berubah-ubah mengaruh arus pusar dalam dasar periuk.

Arus pusar mengalir dalam lintasan rintangan rendah dan memanaskan dasar periuk.


Soalan 4:
Transformer digunakan dalam sistem penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik.
Nyatakan jenis transformer yang gunakan:
(a) sebelum penghantaran tenaga elektrik
(b) di stesen pencawang pengagihan

Jawapan:
(a) Transformer injak naik
(b) Transformer injak turun

Leave a Comment