Ciri-ciri Imej yang Dibentuk oleh Kanta Cembung

  1. Seperti cermin melengkung, kedudukan dan saiz imej yang dibentuk oleh satu kanta cembung dapat ditentukan dengan melukis gambarajah sinar kanta.
  2. Kedudukan imej yang terbentuk oleh kanta penumpu ialah titik persilangan dua sinar selepas melalui kanta.
  3. Ciri-ciri dan kedudukan imej yang dibentuk oleh suatu kanta cembung bergantung kepada jarak objek (u) relatif kepada jarak fokus (f).
  4. Ciri-ciri imej pelbagai kedudukan objek di depan satu kanta penumpu atau kanta pencapah adalah seperti yang dijadualkan berikut:

    Kedudukan Objek: u > 2f

     

    Ciri-ciri Imej: Nyata, songsang, lebih kecil daripada objek
    Jarak Imej: v < 2f

    Kedudukan Objek: u = 2f

     

    Ciri-ciri Imej: Nyata, songsang, sama saiz dengan objek
    Jarak Imej: v = 2f

    Kedudukan Objek: f < u < 2f

     
    Ciri-ciri Imej: Nyata, songsang, lebih besar daripada objek
    Jarak Imej: v > 2f

    Kedudukan Objek: u = f

     

    Ciri-ciri Imej: –
    Jarak Imej: Di infiniti

    Kedudukan Objek: u < 2

    Ciri-ciri Imej: Maya, tegak, lebih besar daripada objek
    Jarak Imej: Berada di sebelah yang sama dengan objek

    Leave a Comment