Latihan Formatif 6.5 – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 6


Soalan 1:
Seorang murid dibekalkan dengan sekeping kanta mata yang mempunyai panjang fokus, fm = 7 cm dan empat keping kanta objek A, B, C dan D seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.11.



1. Lengkapkan Jadual 6.11.

2. Nyatakan dua kanta yang akan menghasilkan imej yang paling besar.

3. Nyatakan dua kanta yang menghasilkan imej yang paling cerah.

4. Berdasarkan jawapan di 2 dan 3, nyatakan kanta yang paling sesuai digunakan sebagai kanta objek teleskop. Terangkan jawapan anda.


Jawapan:
(1)
$$ \begin{aligned} &\text { Pembesaran teleskop pada pelarasan normal, } M \text { ialah }\\ &M=\frac{f_{\mathrm{o}}}{f_{\mathrm{e}}} \end{aligned} $$

Diberi fe = 7 cm



(2) Dua kanta yang akan menghasilkan imej yang paling besar adalah kanta C dan kanta D kerana ia mempunyai panjang fokus kanta objek yang paling besar.



(3) Dua kanta yang menghasilkan imej yang paling cerah  adalah kanta B dan kanta D kerana kanta objek yang berdiameter besar akan membenarkan lebih banyak cahaya melaluinya.



(4) Kanta yang paling sesuai digunakan sebagai kanta objek teleskop ialah kanta D kerana ia mempunyai panjang fokus yang besar serta diameter yang besar.


Leave a Comment