Daya

  1. Daya ialah tolakan atau tarikan yang dikenakan ke atas satu objek.
  2. Daya ialah kuantiti vektor yang mempunyai magnitud dan arah.
  3. Unit daya ialah Newton (atau kgms-2).

Daya tidak Seimbang/ Daya Paduan

  1. Jika daya-daya yang dikenakan ke atas suatu objek adalah tidak seimbang, maka wujudlah satu daya bersih yang bertindak ke atas objek itu. Daya bersih itu dikenali sebagai daya paduan.
  2. Daya yang dikenakan ke atas satu objek boleh mengubah 
    1. saiz,
    2. bentuk,
    3. keadaan rehat,
    4. halaju, dan
    5. arah gerakan
    6. objek itu.

Leave a Comment