Kesan Masa Ke Atas Magnitud Daya Impuls

Contoh-contoh yang melibatkan daya impuls

  1. Lompat jauh
  2. Lompat tinggi
  3. Bermain bola sepak
  4. bermain badminton
  5. bermain bola tenis
  6. bermain golf
  7. bermain besbol

Lompat Jauh

  1. Tambak lompat jauh diisi dengan pasir. Ini adalah untuk memanjangkan masa tindak balas dan seterusnya mengurangkan daya impuls yang dikenakan ke atas kaki atlit apabila mereka mendarat di atasnya.

Lompat Tinggi


(This image is licenced under the GNU Free Document Licence. The original file is from the Wikipedia.org.)

  1. Dalam acara lompat tinggi, peserta-peserta akan jatuk ke atas satu tilam yang tebal dan lembut selepas lompatan.
  2. Ini adalah untuk meningkatkan masa tindak balas dan seterusnya mengurangkan daya impuls yang dikenakan ke atas badan para peserta untuk mengelakan kecederaan.

    Melompat dan Mendarat Dari Tempat Tinggi

    1. Seseorang akan membengkkokkan kakinya semasa mendarat apabila melompat dari tempat tinggi.
    2. Ini adalah untuk memanjangkan masa tindak balas dan seterusmnya mengurangkan hentakan daya impuls yang dikenkan ke atas kaki pelompat.

    Leave a Comment