Leraian Daya

Leraian Vektor

  1. Satu vektor boleh dileraikan kepada dua komponen yang arahnya berserenjang antara satu sama lain.
  2. Biasanya dua komponen ini ialah
    1. komponen mengufuk
    2. komponen menegak
  3. Sama seperti kaedah segi empat selari vektor, kedua-dua komponen ini boleh digambarkan dalam gambar rajah leraian vektor seperti ditunjukkan di bawah.

Contoh:

Rajah di atas menunjukkan sebuah lori sedang menarik sebatang kayu balak dengan kabel besi. Jika tegangan pada kebel ialah 3000N dan daya geseran di antara kayu balak dan lantai ialah 500N, cari daya mengufuk yang dikenakan ke atas kayu balak itu.

Jawapan:
Komponen mengufuk daya tegangan pada kabel = 3000 cos30° =2598N
Geseran = 500N

Paduan daya mengufuk = 2598N – 500N =2098N

Contoh:

Rajah di atas menunjukkan dua daya bermagnitud 25N dikenakan ke atas satu objek berjisim 2kg. Cari pecutan objek itu dalam unit ms-2.

Jawapan:
Komponen mengufuk kedua-dua daya = 25cos45° + 25cos45° = 35.36N

Komponen menegak kedua-dua daya = 25sin45° – 25sin45° = 0N

Oleh itu, daya bersih yang dikenkan ke atas obejk itu = 35.36N

Pecutan objek boleh ditentukan daripada persamaan

F = ma
(35.36) = (2)a
a = 17.68 ms-2

External Link

Interactive Animation

Leave a Comment