Prinsip Keabadian Momentum

Prinsip Keabadian Momentum

Prinsip Keabadian Momentum menyatakan bahawa jumlah momentum sebelum perlanggaran adalah sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran. Jumlah momentum sebelum tindak balas = Jumlah momentum selepas tindak balas

Formula

m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2
m1 = jisim jasad pertama m2 = jisim jasad kedua
u1 =  halaju awal jasad pertama
u2  = halaju awal jasad kedua v1 =  halaju akhir jasad pertama v2 =  halaju akhir jasad kedua
Contoh – Kedua-dua objek bergerak dalam arah yang sama sebelum perlanggaran Sebuah kereta berjjisim 600kg bergerak dengan halaju 60km/j. Ia kemudian berlanggar dengan kereta B yang berjisim 800kg dan bergerak dengan halaju 20 ms-1 dalam arah yang sama. Jika kereta B bergerak dengan halaju 30 ms-1 akibar daripada hentakan itu, berapakah halaju kereta A sejurus selepas perlanggaran itu?Jawapan: m1 = 600kg m2 = 800kg u1 = 40 ms-1 u2 = 20 ms-1 v1 = ? v2 = 30 ms-1 Prinsip Keabadian Momentum m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2 (600)(40) + (800)(20) = (600)v1 + (800)(30) 40000 = 600v1 + 24000 600v1 = 16000 v1 = 26.67 ms-1
Contoh – Kedua-dua objek bergerak dalam arah yang berlawanan sebelum perlanggaran Sebiji bola 0.50kg bergerak dengan 6.0 ms-1 berlanggar dengan satu lagi bola 1.0kg yang bergerak dengan laju 12.0 ms-1 dalam arah yang berlawanan. Bola 0.50kg itu berundur ke belakang dengan laju 14.0 ms-1 selepas perlanggaran. Cari halaju bola yang kedua selepas perlanggaran.Jawapan: m1 = 0.5 kg m2 = 1.0 kg u1 = 6.0 ms-1 u2 = -12.0 ms-1 v1 = -14.0 ms-1 v2 = ? (PENTING: halaju adalah negatif apabila suatu objek bergerak dalam arah berlawanan) Prinsip keabadian momentum, m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2 (0.5)(6) + (1.0)(-12) = (0.5)(-14) + (1.0)v2 -9 = – 7 + 1v2 v2 = -2 ms-1

Leave a Comment