Aplikasi-aplikasi Tekanan di Dalam Cecair

Empangan

  1. Semakin dalam dari permukaan cecair, semakin besar tekanan yang dihasilkan oleh cecair.
  2. Oleh itu, dinding empangan dibina lebal di bahagian bawah supaya ia boleh menahan tekanan yang lebih tinggi di bahagian bawah.
  3. Juga, penjana diletak di bahagian bawah empangan supaya tekanan yang cukup tinggi dikenakan keatasnya untuk menjana kuasa elektrik.

    Kapal Selam

    Di kawasan laut dalam, tekanan cecair adalah amat tinggi. Oleh itu dinding kapal selam mesti cukup tebal dan kuat untuk menahan tekanan yang begitu tinggi.

    Mengukur Tekanan Darah

    Apabila mengukur tekanan darah, pengesan spigmomanometer mesti terletak dibahagian yang sama aras dengan jantung supaya tekanan yang diukur sama dengan tekanan darah di dalam jantung.

    Suntikan Intravena

    Untuk suntikan intravena, botol cecair mesti terletak di bahagian yang lebih tinggi daripada badan pesakit supaya tekanan cecair yang mencukupi dicapai. Ini adalah untuk memastikan cecair itu mengalir masuk ke dalam salur darah pesakit.

    Sistem Bekalan Air Awam

    Menara air biasanya dibina di kawasan tinggi supaya tekanan yang cukup tinggi dikenakan ke atas air untuk memaksa air mengalir ke rumah pengguna.

    Leave a Comment