Tekanan
- Tekanan (P) ialah daya (F) yang bertindak secara normal ke atas satu permukaan per unit luas (A), iaitu
Contoh
![](http://spmfizik.blog.onlinetuition.com.my/wp-content/uploads/sites/13/2020/09/Tekanan-85.png)
Seperti ditunjukkan di dalam rajah di atas, satu daya 20N dikenakan ke atas satu permukaan berluas 4cm². Daya ini dibahagi sama rata oleh keseluruh permukaan, maka setiap satu cm² menanggung daya sebanyak 5N (20N/4).
Daya (5N) bertindak ke atas 1 unit luas permukaan (1cm²) ialah tekanan yang dikenakan ke atas permukaan itu. Dalam kes ini, tekanan yang dikenakan ke atas permukaan itu ialah 5N/cm².
Secara matematik, kita tulis
Unit Tekanan
Unit bagi tekanan ialah N/m² atau Pa (pascal). 1 Pa ialah tekanan yang dihasilkan oleh daya 1 N yang bertindak secara normal ke atas luas 1 m² .
1 N/m² = 1 Pa
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Magnitud Tekanan
Dua faktor yang mempengaruhi tekanan ialah
- Magnitud daya
Tekanan adalah berkadar langsung dengan daya yang dikenakan. Semakin besar daya yang dikenakan, semakin besar tekanan terhasil. - Luas Permukaan Dikenakan Daya
Tekanan adalah berkadar songsang dengan luas permukaan yang dikenakan daya. Semakin besar luas permukaan dikenakan daya, semakin kecil tekanan dialami.