Soalan 1:
Nyatakan prinsip Pascal.
Jawapan:
Prinsip Pascal menyatakan bahawa tekanan yang dikenakan ke atas bendalir tertutup akan dipindahkan secara seragam ke semua arah dalam bendalir itu.

Soalan 2:
Huraikan bagaimana sebuah mesin hidraulik mencapai penggandaan daya dengan mengaplikasikan prinsip Pascal.
Jawapan:

Daya yang kecil, F1 mengenakan tekanan ke atas cecair di bawah omboh kecil.
$$ \text { Tekanan }=\frac{F_1}{A_1} $$
$$ \begin{aligned} & A_1=\text { luas keratan rentas omboh kecil } \\ & A_2=\text { luas keratan rentas omboh besar } \end{aligned} $$
Menurut prinsip Pascal, tekanan ini dipindah secara seragam ke seluruh cecair itu.
$$ \text { Tekanan tersebut mengenakan daya } F_2 \text { ke atas omboh besar. } $$
$$ \frac{F_2}{A_2}=\frac{F_1}{A_1} \Rightarrow F_2=\frac{F_1}{A_1} \times A_2 $$
$$ \text { Oleh sebab } A_2>A_1 \text {, maka } F_2>F_1 $$
Dengan itu, daya input yang kecil pada omboh kecil telah digandakan menjadi daya output yang lebih besar pada omboh besar.

Soalan 3:
Dalam satu sistem hidraulik, daya input 4.0 N bertindak pada omboh dengan luas permukaan 0.50 cm2. Hitungkan daya output yang terhasil pada omboh dengan luas permukaan 6.4 cm2.
Jawapan:

$$ \begin{aligned} & F_1=4.0 \mathrm{~N} \\ & A_1=0.5 \mathrm{~cm}^2 \\ & F_2=? \\ & A_2=6.4 \mathrm{~cm}^2 \end{aligned} $$
$$ \begin{gathered} \frac{F_1}{A_1}=\frac{F_2}{A_2} \\ F_2=\frac{A_2}{A_1} \times F_1 \\ F_2=\frac{(6.4)}{(0.50)} \times(4.0) \\ F_2=51.2 \mathrm{~N} \end{gathered} $$

Soalan 4:
Seorang murid mempunyai sebuah picagari kecil dengan diameter omboh 1.5 cm. Murid itu ingin membina sebuah sistem hidraulik yang dapat menggandakan daya daripada 6 N kepada 72 N. Berapakah diameter bagi picagari besar yang diperlukan untuk sistem hidraulik itu?
Jawapan:
$$ \begin{aligned} & d_1=1.5 \mathrm{~cm} \\ & F_1=6 \mathrm{~N} \\ & F_2=72 \mathrm{~N} \\ & d_2=? \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} & \frac{F_1}{A_1}=\frac{F_2}{A_2} \\ & A_2=\frac{F_2}{F_1} \times A_1 \\ & A_2=\frac{(72)}{(6)} \times A_1 \\ & A_2=12 A_1 \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Luas permukaan }\\ &\begin{aligned} & A=\pi r^2 \\ & A=\pi\left(\frac{d}{2}\right)^2 \\ & A=\frac{\pi \mathrm{d}^2}{4} \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} & \text { Maka bagi } A_2=12 A_1 \\ & \frac{\pi d_2^2}{4}=12\left(\frac{\pi d_1^2}{4}\right) \\ & d_2^2=(12) \times(1.5)^2 \\ & d_2=5.20 \mathrm{~cm} \end{aligned} $$
$$ \text { Diameter omboh besar }=5.20 \mathrm{~cm} $$