Praktis Sumatif 2 (Soalan 1 – 3) – Fizik Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2 (Tekanan)


Soalan 1:
(a) Terbitkan rumus bagi tekanan pada kedalaman, h dalam cecair dengan ketumpatan, ρ.

(b) Hitungkan tekanan pada kedalaman 24 m di sebuah tasik yang mengandungi air dengan ketumpatan 1 120 kg m–3.

[Pecutan graviti, g = 9.81 m s–2]

Jawapan:
(a)
Tekanan cecair adalah disebabkan oleh berat cecair di bahagian atas satu permukaan.

Pertimbangkan satu turus cecair di dalam sebuah bekas yang berisi cecair.
Ketinggian turus cecair = h
Luas tapak turus cecair = A
Ketumpatan cecair = ρ



Tekanan pada tapak turus cecair itu adalah disebabkan oleh berat turus cecair tersebut.
Isi padu turus cecair, V = Ah
Jisim turus cecair, m = Ahρ
Berat turus cecair, W = Ahρg

$$ \begin{aligned} &\text { Tekanan pada tapak turus cecair, }\\ &\begin{aligned} & P=\frac{\text { Berat turus cecair }}{\text { Luas permukaan }} \\ & P=\frac{A h \rho g}{A} \\ & P=h \rho g \end{aligned} \end{aligned} $$


(b)
$$ \begin{aligned} P & =h p g \\ & =24 \times 1120 \times 9.81 \\ & =2.64 \times 10^5 \mathrm{~Pa} \end{aligned} $$


Soalan 2:
Rajah 1 menunjukkan radas untuk membanding tekanan dua jenis cecair selepas sebahagian udara telah disedut keluar daripada radas tersebut.


(a) Terangkan mengapa tekanan di titik A sama dengan tekanan di titik B.

(b) Hitungkan ketumpatan cecair X.

[Ketumpatan air, ρ = 1 000 kg m–3]


Jawapan:
(a) A dan B berada pada aras yang sama di dalam cecair yang pegun.

(b)
Ketumpatan cecair X = ρ
Tekanan di A = tekanan di B
36.0 × ρ × g = 35.0 × 1 000 × g
ρ = 972 kg m–3


Soalan 3:
Banding dan bezakan kewujudan tekanan dalam cecair dan tekanan atmosfera.

Jawapan:



Leave a Comment