Tekanan Cecair

Tekanan yang Dihasilkan oleh Cecair

  1. Tekanan di dalam cecair dihasilkan oleh berat cecair yang bertindak ke atas satu permukaan di dalam cecair.
  2. Pada kedalaman cecair tertentu, tekanan cecair bertindak dengan nilai yang sama pada semua arah.
  3. Tekanan yang disebabkan oleh cecair adalah berkadar langsung dengan
    1. kekuatan medan graviti
    2. kedalaman
    3. ketumpatan cecair
  4. Tekanan di dalam cecair tidak dipengaruhi ofleh sais dan betuk objek. 
  5. Tekanan yang dihasilkan oleh cecair boleh ditentukan dengan menggunakan persamaan berikut:

P = tekanan yang disebabkan oleh cecair
h = kedalaman cecair dari permukaan
ρ = ketumpatan cecair
g = pecutan graviti = 10ms-2



Tekanan Dalam Cecair

  1. Objek yang berada di dalam satu cecair mengalami satu lagi tekanan, iaitu tekanan atmosfera.
  2. Tekanan yang dialami oleh satu objek di dalam cecair ialah jumlah tekanan cecair dan tekanan atmosfera.

Leave a Comment