Praktis Formatif 7.2 – Fizik Tingkatan 5 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan kesan fotoelektrik?

Jawapan:

Pemancaran elektron daripada permukaan logam apabila disinari oleh cahaya yang mempunyai frekuensi tertentu.


Soalan 2:
Adakah cahaya terang akan memancarkan lebih banyak fotoelektron daripada permukaan logam berbanding dengan cahaya malap yang berfrekuensi sama?

Jawapan:

Ya. Bilangan fotoelektron yang dipancarkan bergantung pada bilangan foton yang menyinarkan permukaan logam.


Soalan 3:
Nyatakan empat ciri kesan fotoelektrik yang diperoleh secara eksperimen.

Jawapan:
– Semakin tinggi frekuensi foton cahaya, semakin tinggi tenaga kinetik fotoelektron yang dipancarkan daripada permukaan logam.

– Frekuensi minimum cahaya yang diperlukan oleh logam untuk memancarkan elektron ialah frekuensi ambang, f0 bagi sesuatu logam.

– Tenaga kinetik fotoelektron tidak bergantung pada keamatan cahaya.

– Fotoelektron dipancar secara serta-merta apabila disinar dengan cahaya.


Soalan 4:
Mengapakah fotoelektron dipancar secara serta-merta dari permukaan logam apabila disinari dengan cahaya yang berfrekuensi tertentu?

Jawapan:
Cahaya terdiri daripada paket-paket tenaga yang diskrit. Apabila satu foton menghentam permukaan logam, kesemua tenaganya akan berpindah kepada elektron dalam logam tersebut.

Dengan ini, fotoelektron akan dipancar secara serta-merta dari permukaan logam jika frekuensi cahaya adalah lebih tinggi daripada frekuensi ambang bahan logam tersebut.


Soalan 5:
Mengapakah keamatan cahaya yang bertambah tidak meningkatkan tenaga kinetik fotoelektron?

Jawapan:
Tidak. Keamatan cahaya hanya mempengaruhi bilangan foton yang disinari ke atas logam setiap saat (kadar foton).

Tenaga kinetik maksimum fotoelektron pula dipengaruhi oleh tenaga foton.

Keamatan cahaya yang bertambah tidak akan meningkatkan tenaga kinetik fotoelektron.

Leave a Comment