Latihan Formatif 4.2 – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4

Soalan 1:
Apakah perbezaan antara muatan haba dengan muatan haba tentu?

Jawapan:

Soalan 2:
Berapakah tenaga haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sebanyak 10°C bagi jisim 0.2 kg emas?
[Diberi nilai muatan haba tentu emas ialah 300 J kg–1 °C–1]


Jawapan:
\begin{aligned}
Q & =m c \theta \\
& =(0.2)(300)(10) \\
& =600 \mathrm{~J}
\end{aligned}

Soalan 3:
Sebuah bekas mengandungi 200 g air pada suhu awal 30°C. Paku besi berjisim 200 g pada suhu 50°C direndam ke dalam air itu. Berapakah suhu akhir air itu? Nyatakan andaian yang anda perlu buat dalam penghitungan anda.
[Diberi nilai muatan haba tentu air ialah 4 200 J kg–1 °C–1 dan besi ialah 450 J kg–1 °C–1]


Jawapan:
Jisim, ma = 200 g, θa = 30oC
Jisim, mp = 200 g, c= 4 200 J kg–1 °C–1
Muatan haba tentu air, c= 4 200 J kg–1 °C–1
Muatan haba tentu paku besi, cp = 450 J kg–1 °C–1
Suhu akhir air, θak = ??? °C

$$
\begin{aligned}
Q_a & =Q_p \\
m_a c_a \Delta \theta_a & =m_p c_p \Delta \theta_p \\
m_a c_a\left(\theta_{a k}-\theta_a\right) & =m_p c_p\left(\theta_p-\theta_{a k}\right) \\
(200)(4200)\left(\theta_{a k}-30\right) & =(200)(450)\left(50-\theta_{a k}\right)
\end{aligned}
$$

$$
\begin{aligned}
\left(4200 \theta_{a k}-126000\right) & =\left(22500-450 \theta_{a k}\right) \\
4200 \theta_{a k}+450 \theta_{a k} & =22500+126000 \\
4650 \theta_{a k} & =148500 \\
\theta_{a k} & =31.94^{\circ} \mathrm{C}
\end{aligned}
$$

Andaian :
Kehilangan haba oleh paku = haba yang diserap oleh air pada suhu bilik.
Tiada haba diserap atau dibebaskan ke persekitaran.

Leave a Comment