Latihan Formatif 4.3 – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4

Soalan 1:


Rajah 4.23 menunjukkan sebuah pengukus elektrik. Terangkan bagaimana ikan itu dipanaskan.


Jawapan:

  • Stim mengandungi haba pendam tentu pengewapan yang tinggi
  • Haba pendam tentu yang banyak berpindah ke ikan dalam proses kondensasi
  • Ikan dimasak dengan lebih cepat kerana haba tinggi dipindahkan daripada stim ke ikan

Soalan 2:
Berapakah kuantiti haba yang perlu dibebaskan daripada 0.8 kg air pada suhu 25°C untuk menyejukkan air itu sehingga menjadi ais pada suhu –6°C? Nyatakan andaian yang anda buat dalam pengiraan anda.
[Muatan haba tentu air, cair = 4.2 × 103 J kg–1 °C–1, muatan haba tentu ais, cais = 2.0 × 103 J kg–1 °C–1 dan haba pendam tentu pelakuran ais, lf = 3.34 × 105 J kg–1]


Jawapan:



$$
\begin{aligned}
c_{\text {air }} & =4200 \mathrm{~J} \mathrm{~kg}^{-1} \mathrm{C}^{-1} \\
c_{\text {ais }} & =2.0 \times 10^3 \mathrm{~J} \mathrm{~kg}^{-1} \mathrm{C}^{-1} \\
l_{\mathrm{f}} & =3.34 \times 10^5 \mathrm{~J} \mathrm{~kg}^{-1}
\end{aligned}
$$

Kuantiti haba yang dibebaskan,
$$
\begin{aligned}
Q= & Q_1+Q_2+Q_3 \\
= & m c \Delta \theta+m l+m c \Delta \theta \\
= & \left(0.8 \times 4.2 \times 10^3 \times 25\right)+\left(0.8 \times 3.34 \times 10^5\right)+ \\
& \left(0.8 \times 2.0 \times 10^3 \times 6\right) \\
Q= & 360800 \mathrm{~J}
\end{aligned}
$$

Andaian : Haba yang dibebaskan daripada air sahaja, dan bukannya dari persekitaran.

Leave a Comment