Soalan 1:
Nyatakan Hukum Kegravitian Semesta Newton.
Jawapan:
Hukum Kegravitian Semesta Newton menyatakan bahawa daya graviti antara dua jasad adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim kedua-dua jasad dan berkadar songsang dengan kuasa dua jarak di antara pusat dua jasad tersebut.

Soalan 2:
Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi magnitud daya graviti antara dua jasad.
Jawapan:
Dua faktor yang mempengaruhi magnitud daya graviti antara dua jasad adalah:
1. jisim jasad itu
2. jarak di antara dua jasad

Soalan 3:
Sebuah puing angkasa berjisim 24 kg berada pada jarak 7.00 × 106 m dari pusat Bumi.
Berapakah daya graviti antara puing angkasa itu dengan Bumi?
[G = 6.67 × 10–11 N m2 kg–2, jisim Bumi = 5.97 × 1024 kg]
Jawapan:
$$ \begin{aligned} m & =24 \mathrm{~kg} \\ r & =7.00 \times 10^6 \mathrm{~m} \\ G & =6.67 \times 10^{-11} \mathrm{Nm}^2 \mathrm{~kg}^{-2} \\ M_B & =5.97 \times 10^{24} \mathrm{~kg} \\ F & =? \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} & F=\frac{G M_B m}{r^2} \\ & F=\frac{\left(6.67 \times 10^{-11}\right) \times\left(5.97 \times 10^{24}\right) \times 24}{\left(7.00 \times 10^6\right)^2} \\ & F=195.04 \mathrm{~N} \end{aligned} $$