Latihan Formatif 1.2 – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 1 (Pengukuran)


Soalan 1:
Graf memainkan peranan yang penting dalam penyiasatan saintifik.
(a) Apakah kegunaan graf?
(b) Terangkan perkara-perkara utama dalam proses memplot graf.

Jawapan:
(a)
– Menyatakan hubungan antara dua pemboleh ubah yang diberi.

– Menentukan kuantiti fizik yang diwakili oleh kecerunan graf.

– Menentukan kuantiti fizik yang diwakili oleh luas di bawah graf.

– Menentukan nilai kuantiti fizik secara interpolasi.

– Membuat ramalan melalui ekstrapolasi


(b)
1. Memastikan paksi-paksi graf adalah betul.
– Jika disuruh melukiskan graf p melawan q , maka p adalah paksi menegak, q adalah paksi mengufuk.

– Jika tiada arahan diberi, pembolehubah bergerak balas menjadi paksi menegak manakala pembolehubah dimanipulasikan menjadi paksi mengufuk.

2. Melabelkan kedua-dua paksi dengan kuantiti fizik yang betul dan unit yang betul.

3. Memplot semua titik dengan kemas

4. Melukis garis graf yang licin dengan penyesuaian terbaik.
– Taburan titik yang seimbang
– Semua titik adalah dekat dengan garis graf

5. Size graf melebihi ½ mukasurat.


Soalan 2:
Rajah 1.13 menunjukkan graf yang dihasilkan dalam satu kajian yang menyiasat hubungan antara isi padu, V dengan suhu, θ bagi suatu gas berjisim tetap. Berdasarkan graf yang diberikan dalam Rajah 1.13, jawab soalan-soalan berikut.


(a) Apakah yang berlaku kepada V apabila θ bertambah?

(b) Tentukan nilai θ apabila isi padunya sama dengan sifar. Tunjukkan pada graf itu bagaimana anda menentukan nilai θ.

(c) Tentukan nilai V apabila θ = 300°C. Tunjukkan pada graf itu bagaimana anda menentukan nilai V.


Jawapan:
(a) V akan bertambah mengikut satu kadar yang tetap.

(b)
-240oC


(c)
22 cm3


Leave a Comment