Latihan Formatif 1.1 – Fizik Tingkatan 4 (KSSM) Bab 1 (Pengukuran)


Soalan 1:
Rajah 1.6 menunjukkan Cikgu Fendi sedang membuat suatu pengukuran terhadap Wei Li.


(a) Nyatakan kuantiti fizik yang diukur.

(b) Apakah unit asas, simbol unit, magnitud kuantiti fizik dan simbol kuantiti fizik yang diukur dalam situasi di Rajah 1.6?

Jawapan:
(a) Panjang

(b)
Unit asas: meter
Simbol unit: m
Magnitud kuantiti fizik: 1.65
Simbol kuantiti fizik: l


Soalan 2:
(a) Apakah perbezaan antara kuantiti skalar dengan kuantiti vektor?
(b) Baca petikan berikut.


Kenal pasti kuantiti skalar dan kuantiti vektor yang terlibat dalam situasi yang dihuraikan.

Jawapan:
(a) Kuantiti skalar hanya mempunyai magnitude sahaja.

Kuantiti vektor mempunyai magnitude dan arah.

(b)
Kuantiti skalar: Jarak = 333 m, laju = 80  km/j, masa = 3 jam

Kuantiti vektor: Pecutan = 1.2 ms-2


Soalan 3:
Rina dan rakan-rakannya telah menyertai Permainan Mencari Harta Karun yang diadakan sempena Hari Sains di sekolah mereka. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mencari dan membawa beberapa objek yang disembunyikan di sekitar kawasan sekolah dalam masa 30 minit. Rajah 1.7 menunjukkan senarai yang diberikan kepada setiap kumpulan.


Kenal pasti kuantiti asas dan kuantiti terbitan dalam situasi di atas.

Jawapan:
Kuantiti asas ialah kuantiti fizik yang tidak boleh diterbitkan daripada kuantiti fizik yang lain.


Kuantiti terbitan ialah kuantiti fizik yang diterbitkan daripada pendarapan atau pembahagian kauntiti-kuantiti asas.


Maka,

Kuantiti asas: jisim = 950 g, panjang = 1.5 m

Kuantiti terbitan: isi padu = 500 ml, luas = 7.2 m2

Leave a Comment