Soalan Berstruktur – Memahami Tenaga

Rajah 5.1 (a) menunjukkan seorang budak lelaki imeluncur turun dari landasan kedudukan X. Rajah 5.1(b) menunjukkan graf halaju-masa budak itu dari X ke Z.

Rajah 5.2(a) menunjukkan budak lelaki yang sama meluncur turun dari kedudukan \(Y\) menggunakan landasan yang lain. Rajah \(5.2(b)\) menunjukkan graf halaju-miasa bagi budak itu dari Y ke \(Z\).

Kedua-dua landasan mempunyai kecerunan dan permukam yang sama.

  1. Namakan kuantiti fizik yang mewakili kecerunan graf halaju-masa itu. [1 markah]
    Pecutan 
  2. Perhatikan Rajah 5.1(a) dan Rajah \(5.2(a)\).
    1. Bandingkan tenaga keupayaan graviti budak itu pada \(X\) dan \(Y\).  [1 markah]

      Tenaga keupayaan graviti dalam Rajah \(5.1\) lebih besar daripada tenaga keupayaan graviti dalam Rajah \(5.2\).
       
    2. Bandingkan halaju budak itu pada \(Z\) dalam kedua-dua situasi ini. [1 markah]

      Halaju budak itu di Z lebih besar daripada halajunya dalam Rajah \(5.2\).
       
    3. Bandingkan tenaga kinetik budak itu pada Z dalam kedua-dua situasi ini. [1 markah] 

      Tenaga kinetik budak itu di Z lebih besar daripada tenaga kinetiknya dalam Rajah 5.2.
       
  1. Berdasarkan jawapan dalam \(5 (b)\),
    1. nyatakan hubungan antara tenaga keupayaan dengan tenaga kinetik bagi budak itu. [1 markah]

      Apabila tenaga keupayaan graviti bertambah, tenaga kinetik bertambah.
       
    2. nyatakan konsep fizik yang terlibat. [1 markah]
      Prinsip keabadian tenaga 
  2. Berdasarkan Rajah \(5.1\) (a),
    1. apakah yang berlaku kepada halaju budak itu apabila dia meluncur dari Z ke Q? [1 markah]
      Berkurang
    2. Berikan satu sebab kepada jawapan di \(5 (d)( i )\). [1 markah]
      Tenaga kinetik budak itu bertukar kepada tenaga keupayaan. 

Leave a Comment