Daya graviti ialah daya tarikan yang wujud di antara semua objek di alam semesta.
Rajah di atas menunjukkan dua objek berjisim m1 dan m2. Jarak pemisahan antara dua objek itu ialah r. dan daya graviti yang bertindak antara dua objek ditandaF.
Menurut Hukum Kegravitian Semesta Newton, daya graviti, F antara dua objek itu adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim kedua-dua objek. Iaitu F∝m1×m2……… (1)
Daya graviti, F ini juga berkadar songsang dengan kuasa dua jarak antara pusat objekobjek tersebut. F∝1r2……… (2)
Menggabungkan (1) dan (2), kita akan dapati bahawa F∝m1×m2r2 Maka, F=Gm1×m2r2 di mana G= pemalar kegravitian semesta =6.67×10−11Nm2kg−2
Formula ini merupakan formula bagi Hukum Kegravitian Semesta Newton.