Hukum Gerakan Newton Kedua

Hukum Newton Kedua

Hukum Gerakan Newton Kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan daya paduan itu. Implikasi: Apabila terdapat satu daya paduan yang bukan sifar dikenakan ke atas satu objek, objek itu akan memecut (lajunya bertambah/berkurang atau arah gerakannya berubah). Formula bagi Daya \[F = ma\] F = Daya bersih m = jisim objek a = pecutan (PENTING: F mestilah daya bersih)
Ringkasan Hukum Newton Pertama dan Kedua
Hukum Newton Pertama: Apabila tiada daya bersih dikenakan ke atas satu objek, objek itu sama ada dalam keadaan pegun atau bergerak dalam garis lurus dengan laju malar. Hukum Newton Kedua: Apabila terdapat daya bersih dikenakan ke atas satu objek, objek itu akan memecut.

Contoh:
Sebuah kotak berjisim 150kg diletakkan di atas satu lantai licin yang mendatar. Cari pecutan yang dialami oleh kotak itu jika satu daya 300N dikenakan ke atas kotak itu secara mengufuk.
Jawapan:
F = ma
(300) = (150)a
a = 2 ms-2

Contoh:
Satu objek berjisim 50kg diletakkan di atas satu lantai mendatar dan licin. Jika halaju objek itu berubah daripada pegun kepada 25.0 m/s dalam 5 saat apabila dikenakan satu daya F secara mengufuk. Berapakah magnitud daya F?Jawapan:
Daya dapat dihitung dengan menggunakan formula F = ma. Jisim m objek telah diberi dalam soalan. Bagaimanapun, pecutan, a, tidak diberi terus.

Kita boleh menentukan pecutan a dengan menggunakan formula

\[\begin{array}{*{20}{l}}
{a = \frac{{v – u}}{t}}\\
{a = \frac{{25 – 0}}{5} = 5m{s^{ – 2}}}
\end{array}\]
Daripada formula
F = ma = (50)(5) = 250N

Daya yang dikenakan ke atas objek itu ialah 250N.

Kesimpulan

  1. Jika terdapat daya bersih bertindak ke atas satu jasad, jasad itu akan mengalami pecutan. ( Pecutan ini mungkin ialah pertambahan halaju, pengurangan halaju atau perubahan arah pergerakan. ).
  2. Semakin tinggi daya dikenakan, semakin tinggi pecutan dialami oleh jasad itu.
  3. Semakin besar jisim jasad itu, semakin rendah pecutan yang dialami. Ini bermakna, jisim merupakan rintangan (halangan) kepada pergerakan.

Leave a Comment