Interferens

Prinsip Superposisi

The principle of superposition states that where two or more waves meet, the total displacement at any point is the vector sum of the displacements that each individual wave would cause at that point.
Prinsip superposisi menyatakan bahawa apabila  dua atau lebih gelombang bertemu, jumlah sesaran di setiap titik adalah jumlah vektor sesaran setiap gelombang pada ketika itu.

Gelombang Koheran

Dua sumber gelombang yang koheren mempunyai frekuensi yang sama atau mempunyai perbezaan fasa yang malar.

Interferens

  1. Superposisi dua gelombang koheren menyebabkan berlakunya interferens.
  2. Interferens adalah fenomena gelombang yang disebabkan oleh superposisi 2 atau lebih gelombang yang koheren.
  3. Kesan interferens dapat dikaji dengan menggunakan tangki riak. Dua pencelup digunakan untuk menghasilkan dua sumber gelombang koheren.
  4. Rajah di bawah menunjukkan corak interferens yang diperhatikan.

Interferens Membina dan Anti-nod

  1. Dalam interferens 2 gelombang, ada tempat di mana 2 gelombang selalu berada dalam fasa (fasa yang sama) dan superposisi gelombang menghasilkan getaran yang mempunyai amplitud maksimum. Ini dipanggil intgerferens membina.
  2. Tempat di mana berlaku interferens membina ini disebut antinod.

Interferens Membinasa dan Nod

  1. Dalam interferens 2 gelombang, ada juga tempat di mana 2 gelombang selalu anti-fasa (perbezaan fasa = 180 °) dan superposisi gelombang menghasilkan ayunan yang mempunyai amplitud minimum. Ini dipanggil interferens membinasa.
  2. Titik di mana interferens membinasa berlaku dipanggil nod.

Leave a Comment