Laju Gelombang

Laju Gelombang Air

  1. Apabila muka gelombang lurus merambat dari kawasan air dalam ke air cetek,
    1. panjang gelombang berkurang
    2. laju gelombang menurun
    3. frekuensi tidak berubah
  2. Ini dapat digambarkan dengan meletakkan sekeping Perspex segi empat tepat dengan ketebalan yang sesuai di dalam tangki untuk mengurangkan kedalaman air tempatan. (Rajah di bawah)
  1. Rajah di bawah menunjukkan gambarajah muka gelombang bagi pergerakan gelombang ini. 
  2. Kita dapat lihat bahawa panjang gelombang di atas perspex adalah lebih pendek.
  3. Hubungan antara kelajuan dan panjang gelombang di kawasan dalam dan cetek diberikan oleh formula di bawah.
    vd = laju gelombang di kawasan dalam
    λd = panjang gelombang di kawasan dalam
    vs = laju gelombang di kawasan cetek
    λs = panjang gelombang di kawasan cetek

Leave a Comment