Keseimbangan Terma

  1. Dua objek dikatakan berada dalam sentuhan terma jika tenaga haba boleh berpindah di antara kedua-dua objek itu.
  2. Apabila dua objek berada dalam keseimbangan terma, kadar bersih pemindahan tenaga antara dua objek itu adalah sifar.
  3. Dua objek yang berada dalam keseimbangan terma mempunyai suhu yang sama

Contoh:

  1. Rajah di bawah menunjukkan 2 bongkah berada dalam sentuhan terma.
  2. Mula-mula, suhu awal bagi kedua-dua objek adalah berbeza. Oleh itu terdapat pemindahan haba bersih daripada objek yang lebih panas ke dalam objek yang lebih sejuk.
  3. Selepas seketika, keseimbangan terma tercapai dan suhu kedua-dua bongkah menjadi sama. Pada masa itu, tiada pemindahan yang bersih di antara kedua-dua bongkah.

Sebelum Keseimbangan Terma Tercapai
  1. Pada permulaan, suhu bongkah A lebih tinggi daripada suhu bongkah B.
  2. Terdapat pemindahan haba daripada bongkah A yang lebih panas ke dalam bongkah B yang lebih sejuk (1000J/s) dan juga daripada bongkah B ke dalam bongkah A (200J/s) pada masa yang sama.
  3. Bagaimanapun, kadar pemindahan tenaga daripada bongkah A ke bongkah B adalah lebih tinggi daripada pemindahan tenaga daripada bongkah B ke bongkah A.
  4. Akibatnya terdapat pemindahan tenaga haba bersih daripada bongkah A ke bongkah B. Suhu bongkah A semakin menurun manakala suhu bongkah B semakin meningkat.



Selepas Keseimbangan Terma Tercapai

  1. Akhirnya, kedua-dua objek mencapai suhu yang sama, di mana kadar pemindahan tenaga daripada bongkah A ke dalam bongkah B dan bongkah B ke dalam bongkah A adalah sama.
  2. Pemindahan tenaga haba bersih tidak berlaku daripada mana-mana objek.
  3. Ini dikatakan keseimbangan terma telah di capai.

Leave a Comment