Menentu Ukur Termometer

  1. Menentukur suatu termometer bermakna meletakkan tanda yang betul dan tepat pada termometer supaya suhu dapat dididuksikan daripada tanda ini.
  2. Untuk mencapai tujuan ini, dua titik pada suhu tertentu ditandakan pada termometer.
  3. Bagi skala Celcius, dua titik yang dipilih ialah takat stim dan takat ais bagi air tulen.
  4. Takat stim air tulen dianggap sebagai 100°C manakala takat ais dianggap sebagai 0°C.
  5. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana takat ais dan takat stim ditentukur pada satu termometer.
Untuk mennetukur satu termometer, biasanya takat ais diambil sebagai takat bawah termometer dan dianggap mempunyai nilai 0°C  
Untuk menentukur satu termometer, takat stim pula diambil sebagai takat atas dan dianggap mempunyai nilai 100°C
  1. Selepas menentukan kedudukan takat ais dan takat stim pada termometer, suhu suatu objek dapat ditentukan dengan menggunakan persamaan berikut: 

    Contoh 1:
    Panjang tulus merkuri dalam satu termometer yang belum ditentukur ialah 2cm apabila bebuli termometer itu direndam di dalam ais yang sedang melebur dan 20cm apabila bebulinya berada di dalam stim di atas satu air mendidih. Apakah suhu yang diukur jika panjang tulus merkuri ialah 11cm?

    Jawapan:
    l0°C = 2cm
    l100°C = 20cm
    lθ = 11cm


    Contoh 2:
    Panjang tulus alkohol dalam satu termometer masing-masing ialah 2.5cm dan 17.5cm apabila termomer itu dimasukkan ke dalam ais yang sedang melebur dan air yang sedang mendidih. Cari jarak bagi setiap 10°C di atas skala termometer itu.

    Jawapan:

    Jarak bagi 100oC = 17.5cm – 2.5 cm = 15.0cm
    Jarak bagi 10oC = 17.5cm – 2.5 cm

    = 15.0cm ÷ 10 = 1.50 cm

    Contoh 3:

    Rajah di atas menunjukkan panjang tulus merkuri pada takat lebur dan takat didih air tulen. Apakah panjang merkuri apabila bebuli termomter ini dimasukkan ke dalam satu cecair panas yang bersuhu 70°C?

    Answer:

      Skala Kelvin dan Sifar Mutlak

      1. Skala Kelvin juga dikenal sebagai skala suhu mutlak.
      2. Suhu suhu pada skala Kelvin dikenal sebagai suhu mutlak.
      3. Unit bagi suhu mutlak ialah kelvin (K).
      4. Sifar mutlak ialah suhu di mana tenaga termanya adalah minimum. Ia ialah titik sifar bagi skala Kelvin, atau –273° C bagi skala Celcius.
      5. Jika suhu pada skala Celsius adalah θ° C, maka suhu T pada skala Kelvin adalah: T = (θ + 273) K
        Contoh:
        25°C = 273 + 25 = 298 K
        100°C = 273 + 100 = 373 K

      Leave a Comment